Skip to main content

Pada 7 Oktober 2021, pihak kontraktor telah datang meninjau ke tapak tanah yang bakal didirikan sekolah. Rombongan pihak kontraktor terdiri daripada 4 orang.

Tinjauan tapak ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat secara pemandangan kasar dan pendapat-pendapat daripada masyarakat yang berhampiran dengan kawasan pembinaan.

Pengerusi dan beberapa ahli lembaga pemegang amanah menyambut kedatangan mereka. Penerangan telah disampaikan oleh pengerusi dan sebarang persoalan dapat diterangkan dengan jelas untuk kefahaman kedua-dua pihak

Leave a Reply